Tuesday, April 27

JOM LUPAKAN EX KAMU!

Ermm..pasti semua orang pernah mengalami peristiwa putus cinta,cinta ditolak ke,cinta pertama kecundang ke,kan? adatla tu..jiwa2 remaja mcm kita semua pasti merasai saat2 itu suma..
Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu..Benar,CINTA PERTAMA memang indah,namun HIDUP perlu diteruskan,CINTA BARU pasti datang!.=p

jadi,steps dibawah akan membantu anda untuk melupakan SI DIA,dan mulakan misi mencari CINTA baru! 

 Terima Hakikat

first of all,nak tak nak kita perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik kita. kita perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan...sedih?memgla sedih tp itu semua bukan pengakhiran hidup kita OK!!*kita still ada kluarga & sahabat yg sygkn kita..*

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan dan bebanan yg kita tanggung. Cuba pergi ke satu tempat yang agar jauh dari segala kenangan2 lalu dan rehatkan minda tu. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia pulak..tu carik nahas namanya!..ishk

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan sedih,kecewa, terluka tu kepada sahabat karib yg sedia mendengar..*jgn pulak crik kwn2 yg muka talam OK..len plak jadinya lagi2 klu Si Dia juga berkawan dengan shbt talam kita tu* Mungkin dengan meluahkan kekecewaan tu melegakan kita walaupun dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanankan?
 

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila kita pulak mendengar luahan rakan kita sekurang-kurangnya ada seseorang lagi yg mengalami perkara yg serupa..

bahawa bukan kita sahaja menerima nasib yang teruk ...
that's why jgn cepat menghukum diri sendiri atas perpisahan yg berlaku OK...=)

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie...iskh! Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa  tak cuba ingat dekat orang lain plak… for example kan ingat kat Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina ye…Heeeeeee,ngeri mak!! Bahaya tu karang jadi lain lak.

ngeh ngeh ngeh!

Buang jer hadiah tu
Cincin ke..Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke…  buangjelah hadiah2 tu… Mungkin ia seperti kita tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau kalau bnyk duit,pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana macam kita menghina pemberian si Dia pulak.. sadaqah pun baguss..pahala dapat!Dan satu lagi kalau si-Dia bagi hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 tue, rasa takyah laa buang hadiah tu...*simpan,mane tahu leh gadai tym terdesdak ke?huhuhu*

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi...



Seseorang pernah berkata :Dana,tuhan akan ketemukan kita dengan orang yg salah dulu sebelum menemukan kita dengan Jodoh kita..bersabarlah ye..

So,kowang rase2 boleh x ikot tips2 ni??
selamat mencuba!!

1 comment:

  1. muahaha..
    sape y ada masalah pasal ex ni............... ;)

    ReplyDelete